Followers

Saturday, October 29, 2011

Betulkan Aqidah

Assalamu'alaikum maa...abah..
sihat tak?
Dah lama sangat kakak tak post entri kan..
Mintak maaf la kakak sibuk sangat, assignment baaaaanyak saaangat!...hehe...
Tapi bukan tu yang kakak nak cakap tapi kakak nak cakap soal aqidah kita...
Maa....Abah....
Kakak tahu kita dah lama hidup di muka bumi ni..
Maa dengan Abah lebih banyak tahu tentang amalan dlm hidup seharian...
Tapi kan maa...abah..
Pernah tak maa dengan abah terfikir...
Segala ibadat yang kita buat selama ni ikut Al Quran dan Sunnah tak..?
Hari-hari kita promosikan " Aku cintakan Allah...Aku cintakan Rasulullah"..
Tapi sejauh mana..?
Kakak sedih maa...abah...
Kakak nak sangat parents n family kakak mengenali Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah...
Yakni selaras dengan Sabda Rasulullah saw ,

> Dari Auf bin Malik radhiallahu anhu ia berkata: Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam bersabda:
"لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِيْ الجَنَّةِ وَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الجَمَاعَةُ"
"Sesungguhnya ummatku akan terpecah menjadi 73 golongan, satu golongan masuk surga dan 72 golongan masuk neraka, beliau ditanya: Ya Rasulallah, siapakah satu golongan itu? Beliau menjawab: Al-Jama'ah". (HR. Ibnu Majah: 3992, di shohihkan oleh Al-Bani)
Imam Tirmidzi meriwayatkan dari jalur Abdullah bin Amr dengan tambahan didalamnya: "Siapakah golongan yang selamat itu?". Beliau shalallahu alaihi wa sallam menjawab:
"مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ"
"Ialah golongan yang mengikuti jejakku dan jejak para sahabatku". (HR. Tirmidzi: 2779, dihasankan oleh Al-Bani)
Nampak kan..?
Maa...Abah...
Hanya ini satu-satunya manhaj yang benar...
Biarlah kita nampak asing di mata manusia yang penuh kelemahan, tapi bukan pada Allah swt Yang Maha Agung.
Terimalah dakwah kakak dengan baik ya....

Tuesday, September 27, 2011

Makin Menjauh

Assalamu'alaikum...
Maa..Abah..
Kakak nak cerita ni..
Tentang seorang sahabat yang sangat dirindui..
Dulu, kakak rapat sangat dengan dia..
Suma suka duka kami kongsi sama-sama...
Tapi setelah satu semester berpisah, kami makin menjauh..
Namun, masih lagi mampu bertegur sapa tatkala bertemu...
Menjangkau tahun kedua, kakak perasan...
Hubungan kami makin dan makin menjauh..
Tatkala bertemu, dia seolah-olah mahu menjauh...
Berpaling ke arah lain...
Tanpa sebarang kata...
Kakak terkilan, namun hanya senyuman mampu diberi...
Kerana dengan senyuman itulah pengubat duka...
Tak lupa juga, dengan pemberian salam...
Buat dia, kakak sentiasa mengharapkan ukhwah kami seperti dulu..
Biarpun bukan dari zahirnya, biarlah dari dalamnya sahaja...
~Allah ma'ii~

Sibuk Sangat...

Maa..Abah...
Sihat..?
Dah lama kakak tak post kan..
Lately kakak sangat sibuk..
Nak siapkan assignment yang hari-hari kena submit..
Ada role-play...
Bila dah lewat malam, ngantuk sangat...
Sebab tu tak sempat nak post banyak-banyak..
Tapi kakak just nak khabarkan...
Kakak sihat dan baik-baik saja kat sini....
Alhamdulillah..

Thursday, September 22, 2011

Bila Kakak Dah Pergi..

BILA KAKAK DAH PERGI...
Maa...Abah....Jangan buat tahlil untuk kakak na...
Maa, Abah...dengan yang lain....
Doakan saja yang terbaik buat kakak di sana...
Tahlil tu bid'ah besar...

Sunday, September 18, 2011

Meoww...Meoww...Manja...

Assalamu'alaikum Maa...Abah...
Alhamdulillah hari ni dah selesai lagi satu program untuk pelajar sarjana muda tahun satu..
Semuanya berjalan dengan lancar..dengan izin Allah swt..
Perjalanan program begitu baik dan dapat mendalamkan lagi ilmu Bahasa Inggeris..
Tapi apa yang lagi menarik, Allah swt menemukan kakak dengan seekor anak kucing yang sangatlah comel...
Masa tu rehat, kull 11..Kakak g toilet kat tingkat fakulti paling bawah lepas tu, kakak ada dengar kucing bunyi...
Kakak pun cari la, tengok kat luar tak dak, tapi dengar bunyi lagi..
Rupa-rupanya kucing tu terkunci kat bahagian tangga kecemasan tu..
Memang la dia tak buleh nak keluar sebab tak dak tingkap..
Alhamdulillah kakak pun keluarkan dia and dia asyik ikut ja...
Sangat manja! Dia bunyi-bunyi pastu dia gigit tangan la, sebab lapar kowt..
Kakak ngan kawan kakak pun, Afaf bawak la dia ke luar bangunan..
Then, kakak g beli fish ball kat dia.. Nak beli ikan dah abis..
Pastu dia makan dengan rakusnya..(>,<)
Jam dah menunjukkan pukul 11.30, 
memang rushing la nak balik ke kelas yang tinggi melangit..
Kat tingkat 3 ja pun..Hee~
Pastu tak sangka lak, si anak kucing cumel ni ikut..
Tengok kemanjaan dia, masa nilah kami namakan dia "MANJA"..
Dia jalan n ikut ja kami..Naik tangga sampai tingkat 3..
Bila kami dah masuk kelas, dia tunggu lagi kat luar kelas..
Bunyi-bunyi...kais pintu nak masuk...Masa tu memang tak fokus sangat dalam kelas..
Macam nak nangeh pun ada (sebenarnya dah bergenang air mata..hee) sebab tak sanggup nak dengar dia bunyi...
Dia macam ilang punca...Sampai la Madam suruh letak dia kat bawah..
Kakak dengan Afaf pun letakkan la dia kat bawah n luar bangunan..Memang dia bunyi, tapi buat tak endah ja...
Samapai dah abeh kelas kul 1, kami terus g cari dia..
Memandangkan hujan sangat lebat, sangat risau pasal dia...
Dia dah tak dak kat tempat kami letak dia awal tadi...
Tup-tup, masa nak pi kafe, kakak dengar Manja bunyi..
Alhamdulillah selamat lagi budak cumel ni..
Kakak pun bagi dia makan bebola ikan tadi n dia makan..
Lepas tu, kakak g solat, dah tak jumpa dia dah...huhu...
Masuk kelas dah sejam, dalam kul 3.30 ptg, ada dengar bunyi Manja kat luar kelas.
Walaupun kami dah pindah ke tingkat satu, dia macam tau ja kami ada kat situ..huhu..(terharu)
Dalam kul 4, kawan kakak g toilet, dia cakap Manja ada kat dalam toilet, tengah tido atas tisu..
Sejuk kowt sebab badan dia dah basah kena air ujan..
Pastu, masa kakak dah abeh kelas kul 5, kakak terus panggil Manja..
Tapi Manja dah tak dak..........
Tak tau dia g mana..
Kalau ada orang yang amik dan bela dia, kakak bersyukur sangat..
Tapi kalau dia g membawa diri, kakak harap Allah swt lindungi dia dan semoga dia dapat makan banyak-banyak....
~ Rindu sangat kat Manja ~

Saturday, September 17, 2011

Teman Baru

Walaupun dah seminggu tinggal kat asrama, tapi kakak rasa belum terlambat lagi kot untuk kenalkan dengan teman sebilik kakak..
Hee..terlupa pulak..
Alhamdulillah bilik kakak berjaya memuatkan 4 orang pelajar dari pelbagai negeri..
Masing-masing berusia 19 tahun..
Ada yang dari matrikulasi, dari STAM and Tamhidi..
Orang pertama yang kakak tegur Fariha kowt...
Fariha dari Matrikulasi Kedah and sekarang amik kos Marketing.
Fariha asal dari Pahang..
She loves shopping....kowt...=p
Yang kedua, Sa.
Sa ni dari Terengganu, lepasan STAM..
Sekarang amik kos sama denga Fariha, Marketing.
And Sa sangat suka blog walking..
Even dia tak dak blog, tapi dia suka menjelajah dan membaca blog kawan-kawan..
Mungkin sekarang pun dia tengah baca blog kakak..Hee..
Orang terakhir kakak jumpa ialah Baiti..
Tu pun, kakak tau dia roomate kakak masa kat STN..
Beria-ia tanya bilik number berapa, rupa-rupanya satu bilik ja..
HerM, ngan Baiti ni mungkin kakak rapat sikit sebab kakak kenal dia dari Tamhidi lagi..
Sama kos, sekarang pun sama..Syariah dan Undang-undang...
Alhamdulillah at least kakak ada kawan semanhaj yang mampu berikan kakak kekuatan..
Baiti dari Pahang tapi dah lama stay kat KL..
Maa dengan Abah jangan risau k..
InsyaAllah kawan-kawan kakak baik aja..
Semoga Allah melindungi kami semua...
Aamiin..

Banyak Sangat Rezeki

Assalamu'alaikum maa...abah...
Alhamdulillah hari ni selesai hari keenam kakak berpuasa..
Macam hari-hari sebelum ni, kakak dengan Baiti makan lauk feveret : 
Bayam and kuah asam pedas..
Sedap sangat dan very economic..hee..
Tapi hari ni mungkin rezeki kami satu bilik, lepas beli nasik dengan lauk dengan harga RM 2, 
tauke restoran tu pun bagi lagi makanan percuma. Banyak sangat...
Ada mee goreng, nasik goreng, koew teow, bihun n etc..
Apa lagi, kakak join la..
Amik mee goreng, koew teow ngan bihun sikit...
Bila dah nak berbuka, kakak pun jemput dua orang kawan datang berbuka sekali.
Tak sangka roomate pun ajak kawan dia sorang..
Memang meriah la..
Dengan lauk yang pelbagai, minuman berjenis, dengan ais kiub bertimbun...
Maa Sya Allah! Bersyukur sangat. 
Mungkin rezeki Allah bagi untuk kami yang berpuasa.
Sampai tak habis..
Lepas solat Isyak, nasib baik ada dua orang kawan yang datang bilik..
Bolehlah jamu kat kawan-kawan makanan yang tidak bersentuh lagi...
Alhamdulillah abih jugak akhirnya...
~Kullu minallah~