Followers

Tuesday, September 27, 2011

Makin Menjauh

Assalamu'alaikum...
Maa..Abah..
Kakak nak cerita ni..
Tentang seorang sahabat yang sangat dirindui..
Dulu, kakak rapat sangat dengan dia..
Suma suka duka kami kongsi sama-sama...
Tapi setelah satu semester berpisah, kami makin menjauh..
Namun, masih lagi mampu bertegur sapa tatkala bertemu...
Menjangkau tahun kedua, kakak perasan...
Hubungan kami makin dan makin menjauh..
Tatkala bertemu, dia seolah-olah mahu menjauh...
Berpaling ke arah lain...
Tanpa sebarang kata...
Kakak terkilan, namun hanya senyuman mampu diberi...
Kerana dengan senyuman itulah pengubat duka...
Tak lupa juga, dengan pemberian salam...
Buat dia, kakak sentiasa mengharapkan ukhwah kami seperti dulu..
Biarpun bukan dari zahirnya, biarlah dari dalamnya sahaja...
~Allah ma'ii~

Sibuk Sangat...

Maa..Abah...
Sihat..?
Dah lama kakak tak post kan..
Lately kakak sangat sibuk..
Nak siapkan assignment yang hari-hari kena submit..
Ada role-play...
Bila dah lewat malam, ngantuk sangat...
Sebab tu tak sempat nak post banyak-banyak..
Tapi kakak just nak khabarkan...
Kakak sihat dan baik-baik saja kat sini....
Alhamdulillah..

Thursday, September 22, 2011

Bila Kakak Dah Pergi..

BILA KAKAK DAH PERGI...
Maa...Abah....Jangan buat tahlil untuk kakak na...
Maa, Abah...dengan yang lain....
Doakan saja yang terbaik buat kakak di sana...
Tahlil tu bid'ah besar...

Sunday, September 18, 2011

Meoww...Meoww...Manja...

Assalamu'alaikum Maa...Abah...
Alhamdulillah hari ni dah selesai lagi satu program untuk pelajar sarjana muda tahun satu..
Semuanya berjalan dengan lancar..dengan izin Allah swt..
Perjalanan program begitu baik dan dapat mendalamkan lagi ilmu Bahasa Inggeris..
Tapi apa yang lagi menarik, Allah swt menemukan kakak dengan seekor anak kucing yang sangatlah comel...
Masa tu rehat, kull 11..Kakak g toilet kat tingkat fakulti paling bawah lepas tu, kakak ada dengar kucing bunyi...
Kakak pun cari la, tengok kat luar tak dak, tapi dengar bunyi lagi..
Rupa-rupanya kucing tu terkunci kat bahagian tangga kecemasan tu..
Memang la dia tak buleh nak keluar sebab tak dak tingkap..
Alhamdulillah kakak pun keluarkan dia and dia asyik ikut ja...
Sangat manja! Dia bunyi-bunyi pastu dia gigit tangan la, sebab lapar kowt..
Kakak ngan kawan kakak pun, Afaf bawak la dia ke luar bangunan..
Then, kakak g beli fish ball kat dia.. Nak beli ikan dah abis..
Pastu dia makan dengan rakusnya..(>,<)
Jam dah menunjukkan pukul 11.30, 
memang rushing la nak balik ke kelas yang tinggi melangit..
Kat tingkat 3 ja pun..Hee~
Pastu tak sangka lak, si anak kucing cumel ni ikut..
Tengok kemanjaan dia, masa nilah kami namakan dia "MANJA"..
Dia jalan n ikut ja kami..Naik tangga sampai tingkat 3..
Bila kami dah masuk kelas, dia tunggu lagi kat luar kelas..
Bunyi-bunyi...kais pintu nak masuk...Masa tu memang tak fokus sangat dalam kelas..
Macam nak nangeh pun ada (sebenarnya dah bergenang air mata..hee) sebab tak sanggup nak dengar dia bunyi...
Dia macam ilang punca...Sampai la Madam suruh letak dia kat bawah..
Kakak dengan Afaf pun letakkan la dia kat bawah n luar bangunan..Memang dia bunyi, tapi buat tak endah ja...
Samapai dah abeh kelas kul 1, kami terus g cari dia..
Memandangkan hujan sangat lebat, sangat risau pasal dia...
Dia dah tak dak kat tempat kami letak dia awal tadi...
Tup-tup, masa nak pi kafe, kakak dengar Manja bunyi..
Alhamdulillah selamat lagi budak cumel ni..
Kakak pun bagi dia makan bebola ikan tadi n dia makan..
Lepas tu, kakak g solat, dah tak jumpa dia dah...huhu...
Masuk kelas dah sejam, dalam kul 3.30 ptg, ada dengar bunyi Manja kat luar kelas.
Walaupun kami dah pindah ke tingkat satu, dia macam tau ja kami ada kat situ..huhu..(terharu)
Dalam kul 4, kawan kakak g toilet, dia cakap Manja ada kat dalam toilet, tengah tido atas tisu..
Sejuk kowt sebab badan dia dah basah kena air ujan..
Pastu, masa kakak dah abeh kelas kul 5, kakak terus panggil Manja..
Tapi Manja dah tak dak..........
Tak tau dia g mana..
Kalau ada orang yang amik dan bela dia, kakak bersyukur sangat..
Tapi kalau dia g membawa diri, kakak harap Allah swt lindungi dia dan semoga dia dapat makan banyak-banyak....
~ Rindu sangat kat Manja ~

Saturday, September 17, 2011

Teman Baru

Walaupun dah seminggu tinggal kat asrama, tapi kakak rasa belum terlambat lagi kot untuk kenalkan dengan teman sebilik kakak..
Hee..terlupa pulak..
Alhamdulillah bilik kakak berjaya memuatkan 4 orang pelajar dari pelbagai negeri..
Masing-masing berusia 19 tahun..
Ada yang dari matrikulasi, dari STAM and Tamhidi..
Orang pertama yang kakak tegur Fariha kowt...
Fariha dari Matrikulasi Kedah and sekarang amik kos Marketing.
Fariha asal dari Pahang..
She loves shopping....kowt...=p
Yang kedua, Sa.
Sa ni dari Terengganu, lepasan STAM..
Sekarang amik kos sama denga Fariha, Marketing.
And Sa sangat suka blog walking..
Even dia tak dak blog, tapi dia suka menjelajah dan membaca blog kawan-kawan..
Mungkin sekarang pun dia tengah baca blog kakak..Hee..
Orang terakhir kakak jumpa ialah Baiti..
Tu pun, kakak tau dia roomate kakak masa kat STN..
Beria-ia tanya bilik number berapa, rupa-rupanya satu bilik ja..
HerM, ngan Baiti ni mungkin kakak rapat sikit sebab kakak kenal dia dari Tamhidi lagi..
Sama kos, sekarang pun sama..Syariah dan Undang-undang...
Alhamdulillah at least kakak ada kawan semanhaj yang mampu berikan kakak kekuatan..
Baiti dari Pahang tapi dah lama stay kat KL..
Maa dengan Abah jangan risau k..
InsyaAllah kawan-kawan kakak baik aja..
Semoga Allah melindungi kami semua...
Aamiin..

Banyak Sangat Rezeki

Assalamu'alaikum maa...abah...
Alhamdulillah hari ni selesai hari keenam kakak berpuasa..
Macam hari-hari sebelum ni, kakak dengan Baiti makan lauk feveret : 
Bayam and kuah asam pedas..
Sedap sangat dan very economic..hee..
Tapi hari ni mungkin rezeki kami satu bilik, lepas beli nasik dengan lauk dengan harga RM 2, 
tauke restoran tu pun bagi lagi makanan percuma. Banyak sangat...
Ada mee goreng, nasik goreng, koew teow, bihun n etc..
Apa lagi, kakak join la..
Amik mee goreng, koew teow ngan bihun sikit...
Bila dah nak berbuka, kakak pun jemput dua orang kawan datang berbuka sekali.
Tak sangka roomate pun ajak kawan dia sorang..
Memang meriah la..
Dengan lauk yang pelbagai, minuman berjenis, dengan ais kiub bertimbun...
Maa Sya Allah! Bersyukur sangat. 
Mungkin rezeki Allah bagi untuk kami yang berpuasa.
Sampai tak habis..
Lepas solat Isyak, nasib baik ada dua orang kawan yang datang bilik..
Bolehlah jamu kat kawan-kawan makanan yang tidak bersentuh lagi...
Alhamdulillah abih jugak akhirnya...
~Kullu minallah~

Friday, September 16, 2011

Buktikan!


Ujian DIA Lebih Berat

Maa...Abah....
Kakak ingatkan ujian untuk kita sekeluarga dulu paling berat...
Tatakala masih kecil, kakak masih belum memahami sepenuhnya...
Saling menyalahi adat biasa kita...
Saling menengking perkara biasa dalam keluarga..
Tapi kini, menjangkau usia 20 tahun, kakak sudah memperoleh pelbagai pengalaman..
Pertemuan dengan DIA benar-benar membuka mata kakak..
Rupa-rupanya masalah DIA lebih berat...Hingga kini, masih berat...
Tapi DIA kelihatan tabah..
Biarpun di sesetengah waktu, matanya mungkin berkaca...
Namun, DIA masih mampu bersikap biasa...
Kakak bersyukur pada Allah swt...
Kerana kita lebih bahagia dan jauh daripada banyak masalah...
Alhamdulillah.
Ucapkanlah syukur padaNya...
Dan peliharalah hubungan kita denganNya na...
~Jangan lupa tu~

La Tahzan ya Amirah...

Assalamu'alaikum...
Amirah....
Jangan sedih-sedih ok..
Amirah buatlah keputusan yang terbaik...
Kami sentiasa doakan yang terbaik buat....
Sahabat yang disayangi..
Janganlah simpan dalam hati sendiri...
Bermusyawarahlah dengan insan di sekelilingmu..
Macamana pun perkongsian sangat penting tahu....
Supaya nanti tak makan diri...
Kalau ada apa-apa, I'm here..
And don't forget, 
Allah sentiasa mengetahui.. 
Apa yang ada dalam hati Amirah..
Berdoalah padaNya agar beroleh keputusan yang terbaik..
Dan kos mana yang terbaik untukmu...
Ikut kata hati, bukan kata orang...

Dialah Jodoh Terbaik

Assalamu'alaikum..Maa..Abah...
Sihat ka?
Kakak sentiasa doakan maa, abah dan yang lainnya sihat wal'afiat dan diberkati Allah swt tau..
Maa...Abah...
Kakak pernah cakap kan...
Kakak akan serahkan semuanya tentang jodoh pada Allah swt dan maa ngan abah...
Kakak harap sangat perkara pertama yang maa ngan abah akan tanya pada si dia...
ialah...
"Apakah manhaj si dia?"
Andai jawapan yang diberi,
"Manhaj Ahli Sunnah wal Jama'ah atau Salafussolih.."
Maa ngan abah terima ja na...
Kerana itulah manhaj yang benar dan kakak sangat mengharapkan si dia mampu membimbing kakak...
Selain kekuatan daripada Allah swt, suami juga merupakan tulang belakang si isteri..
Tapi bukanlah bermaksud tanpa suami, kakak tak kuat..
Kakak masih ada sahabat semanhaj yang boleh menjadi pendorong..
Cuma tatkala keseorangan, sokongan sangat penting untuk berdakwah...
Kakak percaya restu dan persetujuan daripada parents pasti dapat melahirkan kebahagiaan buat si anak..
Dan persetujuan daripada maa ngan abah jugak adalah naluri yang Allah swt berikan...
Inilah prinsip kakak...
Maa ngan abah doakan yang terbaik untuk kakak na...


Tuesday, September 13, 2011

Impian Kakak

Assalamu'alaikum dan selamat pagi...
Hari ni kakak just nak kongsi satu impian kakak yang agak besar dan harap sangat dapat direalisasikan..
Kakak kan dah lama cakap nak bukak nursery @ tadika budak-budak?
Ya, itulah impian kakak..
Cuma....
Kakak nak sangat, kalau ada rezeki, kakak nak buat Nursery @ Tadika yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..
Bila diterapkan dengan aqidah yang betul dari kecil, maka bila dia dah besar nanti, dia dah nampak semua tu..
Dan dia tak dicemari dengan bid'ah dan sebagainya..
Kakak teringin sangat Maa Abah.....
Dan aqidah inilah yang sebenarnya kakak nak terapkan untuk kita sekeluarga...
Tapi mungkin kakak belum ada kekuatan yang cukup kuat...
Kakak akan mula sikit demi sedikit..

13 September 2011

Assalamu'alaikum...
Maa...Abah...
Alhamdulillah hari ni kakak sihat saja..Maa ngan Abah camana?
Hari ni kelas berjalan macam biasa. 
Tapi boleh dikatakan macam tak dak kelas langsung..
Daripada 4 kelas, cuma ada dua ja..kul 8-9 and 4-5..
Minggu ni cuma ta'aruf dengan lecturer and subjects masing-masing..
Minggu depan baru start belajar..
Tapi, tadi malam kakak ada perjumpaan dengan kawan-kawan semanhaj insyaAllah beserta kehadiran seorang mu'allim.
Kakak bersyukur sangat sebab akhirnya kakak dapat balik semangat kakak yang dulu..
Yang semakin hari semakin 'terbang'...
Banyak perkara yang kami bincangkan...
Soal fitnah, cabaran sebagai Al-Ghurabak (orang yang asing), soal kawen..hehe..dan banyak lagi..
Seronok sangat..
Kakak harap sangat Maa, Abah and adik-beradik yang lain mampu menerima perubahan kakak dan menerima dakwah kakak..
Tiada anak yang inginkan kesesatan buat ahli keluarganya atau sesiapa yang berada di sekelilingnya melainkan hanya kebaikan.
Ingin masuk syurga bersama dan berkongsi ilmu bersama..
Kakak dah nampak kebenaran di sini, dan kakak nak kongsi itu dengan maa and abah suma...
Kakak harap sangat..Kakak nak jadi anak solehah yang mampu memasukkan kedua orang tuanya ke dalam syurga..
Kakak nak kenalkan Maa dan Abah dengan Manhaj Ahli Sunnah wal Jama'ah...
Nak sangat........

Saturday, September 10, 2011

10 September 2011

Assalamu'alaikum..
Pertamanya, kakak nak mintak maaf sebab tak post semalam. Terlalu letih, nak menaip pun tak larat.
Tapi tak pa, malam ni kakak akan cover semuanya...=)

Semalam, 9 September 2011, hari terakhir minggu ta'aruf kakak. Alhamdulillah banyak maklumat yang pelajar-pelajar dapat.. Tapi yang paling diingati adalah bila, urusetia pasangkan satu video tentang doa seorang ibu..Maa Sya Allah  ! Sangat menyentuh perasaan. Kakak mintak maaf ye atas semua salah silap kakak. InsyaAllah kakak akan cuba jadi anak yang terbaik dan menjadi insan solehah yang mampu memasukkan kedua orang tuanya ke dalam syurga Allah swt.

Untuk hari ni, kakak ada bengkel Bahasa Arab. Alhamdulillah ok-ok saja. Kawan-kawan pun ok. Yang tak leh tahan, ada satu latihan yang memerlukan muslimat hantar wakil untuk jadi penunjuk arah kat depan kelas. Seorang wakil muslimin dan seorang wakil muslimat. Pada awalnya semua muslimat tak nak volunteer. Pakat saling menolak. Sampai ustaz pun cakap, kalau sampai sepuluh ustaz kira masih tak dak wakil, maka wakil daripada pihak muslimin yang akan memilih. Ustaz pun kira...
"10....9....8.....7.....6.....5.....4.....3.....2.....2 setengah...."
Masa tu ramai kawan-kawan yang mintak kakak ke depan. Mungkin takut. Jadi dengan penuh rasa tanggungjawab, kesian kat kat kawan-kawan..kakak pun angkat tangan...
Ohhh tidak..masa tu seluruh badan menggigil. Takut + Malu sesangat...
Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Main hentam ja cakap. Nahu Sorof suma dah lari..hee~ Alhamdulillah aslkan kakak dapat bantu kawan..=D

Yang tu jek yang menarik...=)

Wednesday, September 7, 2011

Terima kasih..

Ya Allah..
Terima kasih kerana menguatkan hati hambaMu ini..
Hamba tidak menitiskan air mata pun apabila berpisah dengan maa..
Walaupun hakikatnya, memang diri ini bisa saja untuk menggugurkan mutiara-mutiara kaca tatkala melihat maa bergenang air mata..
Mungkin kesibukan dan keserabutan pada hari ini membuatkan hamba tidak terlalu bermain dengan perasaan..
Semua ini adalah ketentuanMu..
Mungkin kalau hamba menangis, pasti maa akan berasa tidak sedap hati..
Terima kasih Ya Rabbi..

7 September 2011

Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah sumanya dah selamat dan selesai sempurna pada hari pertama di U..
Terima kasih sebab sudi temankan kakak mendaftar dan mintak maaf sangat sebab terpaksa menyusahkan maa, kak cik n abang.
Hari ni tak dak apa sangat...cuma kakak sangat GEMBIRA!! sebab dapat jumpa kawan-kawan balik..
Ramai yang tak cam kakak tau.. Maybe sebab kakak pakai 'spek' and kawan-kawan cakap kakak makin kurus.. Aigoo...4 bulan lalu dah kurus, bila jumpa depa kata lagi kurus..herMM....
Apa-apa pun, hari ni happy walaupun awalnya sedih sebab berpisah dengan maa..huhu..
Doakan semoga hari-hari kakak yang seterusnya baik-baik aja ok..=)

Good nite Abah..Good nite Maa...

Monday, September 5, 2011

Mom, U R the Best Chef!

Tengok tajuk pun maa mesti dah faham kan...?
Yes, you are really the best chef ever! I guess every child would admit that rite..?
Setiap masakan maa tak dak yang tak sedap, sumanya best-best and sedap..
Sepanjang kakak cuti empat bulan, maa tak pernah jemu nak ajar kakak cara memasak..
Terima kasih maa...Sebenarnya, dah banyak benda yang kakak dah pandai masak, cuma antara sedap ngan tak sedap ja..Hee~
By the way, kakak memang kagum dengan maa..
Terlalu banyak masakan yang maa tau masak..
Bila kakak tanya,
"Maa belajar mana suma ni..?"
Maa jawab,
"Maa tengok tok masak dulu.."
HermM, learn from observation..
Kesimpulannya, selalu-selalulah masuk dapur, kalau asyik goyang kaki ja, memang tak dapat apa la..
Observe pun tidak, camana nak belajar kan..?
Thanks mom.

Mungkin ini Adalah Kafarah

Ya Allah,
Apakah penyakit yang engkau berikan kepadaku ini...
Sebagai kafarah dosa buatku..?
Andai benar, hamba benar-benar bersyukur Ya Allah..
Hamba berharap dengan segala kesabaran dan ikhtiar yang hamba ambil,
Allah akan menjadikan hamba sebagai seorang yang reda dan sabar,
Menjadikan hamba lebih menginsafi kesilapan lalu,
Ya Allah, Engkau memang Maha Pengasih dan Penyayang,
Terima kasih Ya Allah,
Dan ampunkanlah segala dosaku...

Jaga Diri Ok..

Maa.. Abah..
InsyaAllah esok kakak dah nak masuk u balik..
Walaupun sebenarnya hati terasa begitu berat tapi, perjuangan kakak masih jauh...
Banyak lagi ilmu yang perlu kakak belajar..
Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kakak pikul nanti...
Maa...Abah..
Jaga diri tau..
Kakak yakin pasti esok air mata kakak akan gugur lagi...
Takpe, mungkin itulah tanda diri ini amat menyayangi kalian..
Doakan kakak mampu bertahan di sini..
Tabah menghadapi segala ujian...
Yang penting, maa kena selalu makan ubat..
Abah pulak jangan keja banyak sangat..
Lebihkan amal ibadat..
Untuk bekalan hari akhirat..
Love you and will miss you always...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan kakak peluang untuk hidup di atas muka bumi ini.
Dan yang paling penting, masih kekal dalam dua nikmat terbesar, Islam dan Iman.
HermM, mengapa kakak pilih untuk menggunakan 'Love is Cinta"..?
Sebenarnya tak tau jugak, tapi disebabkan blog ini kakak ingin gunakan sebagai satu medan untuk  meluahkan rasa cinta pada Allah swt, Maa, Abah dan insan lain yang kakak sayangi, kakak gunalah perkataan 'cinta'.
Nak bagi panjang sikit, kakak tambahlah 'love is cinta'.=)
Kadang-kadang manusia lebih terbuka untuk meluahkan segala isi hati secara tersembunyi daripada meluahkannya depan-depan kan,,? Sama la dengan kakak..Huhu.. Sekurang-kurangnya kalau satu hari kakak dah 'pergi', semua yang mengenali kakak masih dapat membaca dan mengetahui segala yang berlaku dalam kehidupan harian kakak semasa kakak pegi belajar atau mana-mana la..Mudahan Allah swt memberkati niat kakak ini..