Followers

Friday, September 16, 2011

Dialah Jodoh Terbaik

Assalamu'alaikum..Maa..Abah...
Sihat ka?
Kakak sentiasa doakan maa, abah dan yang lainnya sihat wal'afiat dan diberkati Allah swt tau..
Maa...Abah...
Kakak pernah cakap kan...
Kakak akan serahkan semuanya tentang jodoh pada Allah swt dan maa ngan abah...
Kakak harap sangat perkara pertama yang maa ngan abah akan tanya pada si dia...
ialah...
"Apakah manhaj si dia?"
Andai jawapan yang diberi,
"Manhaj Ahli Sunnah wal Jama'ah atau Salafussolih.."
Maa ngan abah terima ja na...
Kerana itulah manhaj yang benar dan kakak sangat mengharapkan si dia mampu membimbing kakak...
Selain kekuatan daripada Allah swt, suami juga merupakan tulang belakang si isteri..
Tapi bukanlah bermaksud tanpa suami, kakak tak kuat..
Kakak masih ada sahabat semanhaj yang boleh menjadi pendorong..
Cuma tatkala keseorangan, sokongan sangat penting untuk berdakwah...
Kakak percaya restu dan persetujuan daripada parents pasti dapat melahirkan kebahagiaan buat si anak..
Dan persetujuan daripada maa ngan abah jugak adalah naluri yang Allah swt berikan...
Inilah prinsip kakak...
Maa ngan abah doakan yang terbaik untuk kakak na...


No comments:

Post a Comment