Followers

Saturday, September 17, 2011

Banyak Sangat Rezeki

Assalamu'alaikum maa...abah...
Alhamdulillah hari ni selesai hari keenam kakak berpuasa..
Macam hari-hari sebelum ni, kakak dengan Baiti makan lauk feveret : 
Bayam and kuah asam pedas..
Sedap sangat dan very economic..hee..
Tapi hari ni mungkin rezeki kami satu bilik, lepas beli nasik dengan lauk dengan harga RM 2, 
tauke restoran tu pun bagi lagi makanan percuma. Banyak sangat...
Ada mee goreng, nasik goreng, koew teow, bihun n etc..
Apa lagi, kakak join la..
Amik mee goreng, koew teow ngan bihun sikit...
Bila dah nak berbuka, kakak pun jemput dua orang kawan datang berbuka sekali.
Tak sangka roomate pun ajak kawan dia sorang..
Memang meriah la..
Dengan lauk yang pelbagai, minuman berjenis, dengan ais kiub bertimbun...
Maa Sya Allah! Bersyukur sangat. 
Mungkin rezeki Allah bagi untuk kami yang berpuasa.
Sampai tak habis..
Lepas solat Isyak, nasib baik ada dua orang kawan yang datang bilik..
Bolehlah jamu kat kawan-kawan makanan yang tidak bersentuh lagi...
Alhamdulillah abih jugak akhirnya...
~Kullu minallah~

No comments:

Post a Comment